Presiden
PAS menganggap Lim Kit Siang sebagai ahli politik yang tidak
berpengetahuan apabila mengaitkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis)
dengan kumpulan pengganas.
Kata Abdul Hadi Awang Kuis ialah pertubuhan yang sah dan bersifat akademik, bukannya berkaitan senjata.
"Dia (Lim) tak tahu, dia tak ada ilmu pengetahuan," katanya kepada media di luar parlimen hari ini.
Semalam
Lim yang juga anggota parlimen Iskandar Puteri mengaitkan pertubuhan
Kuis dengan kumpulan pengganas selepas ia disenaraikan sebegitu oleh
empat negara Arab iaitu Arab Saudi, Mesir, Emeriah Arab Bersatu (UAE)
dan Bahrin.
Lim
juga secara tidak langsung mengaitkan Abdul Hadi dengan Kuis dengan
kata-kata "seorang pemimpin pembangkang Malaysia" pernah menduduki
jawatan penting di situ.
Untuk
rekod Abdul Hadi pernah dilantik sebagai naib ketua Kuis. Ia pernah
diketuai ulama disegani komuniti antarabangsa iaitu Dr Yusuf
al-Qaradawi.
Dilahirkan
di Mesir, penerima anugerah Maal Hijrah pada 2009 itu memang tidak
disenangi sebahagian kerajaan Arab dan kini berpangkalan di Qatar.
Abdul Hadi berkata Kuis mempunyai pejabat di pelbagai negara di seluruh dunia dan tidak terlibat dalam kegiatan keganasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.