Seorang lagi mahasiswa Universiti Malaya (UM) cuba melakukan protes atas pentas graduasi bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada naib canselor (NC) pusat pengajian tinggi itu.
Bagaimanapun, tidak seperti Wong Yan Ke semalam, usaha itu tidak berjaya selepas dikesan polis bantuan.
Graduan
ijazah perakaunan Edan Kon Hua En berkata pihak berkuasa menyekat
beliau semasa beratur memasuki Dewan Tunku Canselor (DTC) pada pukul 8
pagi untuk istiadat konvokesyen.
“Sebelum
memasuki dewan saya membawa plakad dan menangkap sekeping foto. Dalam
barisan ke dalam DTC, saya disekat oleh polis bantuan dan diasingkan.
“Mereka bertanya isu protes Wong dan sama ada saya akan tunjuk perasaan.
“Saya
tidak menjawab. Selepas seketika, plakad saya dirampas,” kata bekas
Pengerusi Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) kepada Malaysiakini.
Selepas itu, Kon berkata dia bertukar fikiran dan menjamin tidak akan menunjuk perasaan di atas pentas.
“Selepas
ditanya oleh polis bantuan, saya bertukar fikiran dan menjamin tidak
akan melakukan ini. Bagi saya naik ke atas pentas dah cukup..
“Saya menjamin tiada laungan dan membuka plakad, saya bertanya sama ada boleh bertolak ansur untuk saya mendapat skrol ijazah.
“Tetapi
selepas polis bantuan bertanya, maka pihak pengurusan berkata akan
berjumpa dengannya selepas konvokesyen berakhir,” katanya.
Kon mendakwa kebebasan bersuaranya telah disekat. UM ketika dihubungi enggan mengulas isu itu.
Semalam, Wong melakukan protes berani
dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya
Abdul Rahim Hashim sejurus selepas menerima skrol ijazah.
Plakard
yang dipegang Wong tertera gesaan supaya naib canselor itu meletakkan
jawatan dengan mendakwa Abdul Rahman menjadi boneka kepada ahli politik,
mencabul kebebasan akademik dan gagal menyelesaikan masalah kewangan
universiti.
Abdul
Rahim dilaporkan berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas
perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal di Kongres
Maruah Melayu.
Pentadbir universiti itu juga memberi peringatan supaya kontrak sosial tidak dicabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.