Mohamad Fadli
KUALA
LUMPUR: Kerajaan berkata Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah
Khas 2012 (Sosma) akan dipinda susulan bantahan terhadap penggunaan
undang-undang itu bagi menahan 12 individu termasuk dua Adun DAP minggu
lepas.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata Sosma sudah
dibincangkan dalam Kabinet dan pendekatan yang diambil adalah dengan
mengubah sebahagian daripadanya.
“Jadi
pendekatan ialah Sosma sedikit sebanyak ada pindaan kepada
seksyen-seksyen tertentu terutama mengenai tahanan yang 28 hari itu dan
akses kepada peguam.
“Jadi
ini masih dalam proses Kementerian Dalam Negeri dan saya harap mereka
telah pun selesai proses ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Liew berkata pindaan Sosma akan dibentangkan di Dewan Rakyat secepat mungkin dan berharap dapat dibuat pada Disember ini.
“Jika tak sempat akan dibentangkan dan dibahas pada sidang akan datang.
“Nanti ahli-ahli Parlimen boleh bincang dan bahas dalam dewan,” katanya.
Sementara
itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata KDN sedang
membincangkan mengenai Sosma dan buat masa ini dalam proses kaji semula.
Katanya, selagi tidak ada keputusan mansuh Sosma, akta itu masih ada.
“Kita tengah lihat sekarang ini dan kita cuba terbaik untuk mempercepatkan.
“Untuk
kita, lagi cepat lagi baik. Tetapi kalau kita kelam kabut dan nak
menyedapkan hati sesetengah pihak, nanti akhirnya, bila kita sudah
lakukan dan kita terpaksa patah balik,” katanya.
Azis
juga menjangkakan pindaan Sosma tidak akan dibentangkan pada sidang
kali ini dan berkata berdasarkan manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak
ada mengatakan perlu dihapuskan.
“Manisfesto tidak sebut hapus kan? Dia cuma sebut kaji semula, mana-mana akta bersifat drakonian akan dilihat balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.