Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Jangan tertipu dengan muslihat pemimpin yang kejar pangkat, kuasa
KEBENCIAN mereka
kepada bangsa Melayu dan Raja Melayu semakin memuncak seolah-olah tidak
dapat dibendung lagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bangsa Melayu
mengenali lebih dekat siapa mereka yang sebenar. Sebelum ini mereka
banyak berselindung dalam gabungan parti-parti politik sehingga ada yang
sanggup mengadakan Tahaluf Siyasi demi keadilan dan kesejahteraan
Malaysia.
Sungguh mesra dan rapat gabungan mereka
hanya menunggu masa untuk melafazkan syahadah. Hanya menunggu hidayah
daripada Allah SWT kerana hidayah milik Allah SWT. Begitulah sangkaan
sebelum ini. Amaran Allah SWT dalam al-Quran tentang sikap orang kafir
seolah-olah tidak terpakai kepada kelompok ini. Alhamdulillah, masih
belum terlambat tahaluf siyasi terbatal tanpa akad kerana asalnya memang
tiada akad dan perjanjian yang sah.
Sikap mereka yang telah dipendam sekian
lama semakin zahir dan tak dapat dibendung lagi. Cabaran mereka terhadap
bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu semakin jelas. Seruan mereka untuk
membenci Raja Melayu dalam penulisan mereka menyebabkan pihak istana
terpaksa membuat laporan kepada Bukit Aman, jelas menunjukkan kebencian
mereka sukar dibendung lagi.
Kebencian yang melonjak-lonjak sukar
untuk dibendung. Dan memang ini sikap dan tabiat mereka dari dulu
sehingga sekarang dan selamanya. Sikap ini bukan sahaja dalam politik,
tetapi bertunjang dalam ekonomi,pendidikan dan lain-lain lagi.
Lihat sahaja apa yang kita dengar keluhan
dan rintihan dari peniaga-peniaga Melayu. Bagaimana keperitan
peniaga-peniaga Melayu untuk meneruskan perniagaan mereka, sehinggakan
ada yang gulung tikar kerana pengkhianatan mereka. Setelah pelancaran
kempen Buy Muslims’ First (BMF), kita kedengaran rintihan dan keluhan
pengalaman peniaga-peniaga Melayu mula bersuara keperitan mereka
menjalankan perniagaan dengan kumpulan ini.
Jauh sama sekali untuk mereka membantu
kecuali jika habuan besar mereka dapat daripada jaringan itu. Mungkin
sekelompok kecil peniaga-peniaga Melayu yang dapat kongsi habuan dengan
mereka sanggup menggadai erti ikhlas untuk berbaik dengan mereka.Kita
mengharapkan BMF diteruskan sampai bila-bila untuk memperkukuhkan
ekonomi sesama Islam.
Kewajipan orang Islam membantu dan
menyokong orang Islam dalam semua bidang untuk kebaikan dunia dan
akhirat. Walaupun kita diberi kuasa selama 62 tahun selepas merdeka,
tiada dasar yang lebih berkesan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu
selain BMF. Pakar-pakar kononnya bergulung-gulung ijazah dari universiti
terkemuka berfikir menyediakan dasar untuk meningkatkan ekonomi orang
Melayu semuanya gagal.
Tetapi, dengan mengembalikan roh Islam
dan iman rupanya dengan mudah dapat membaiki dan meningkatkan ekonomi
orang Melayu. Roh taawun dan ukhuwah sesama Islam dapat mengatasi
segala-segalanya, kerana ia adalah perintah dari Allah SWT. Janji Allah
SWT apabila manusia beriman dan bertakwa, maka Allah SWT akan menurunkan
keberkatan dari langit. Teruskan kempen ini kerana Allah SWT.
Bermula dengan BMF, muslim di Malaysia
perlu menjalankan kempen yang sama untuk memilih kepimpinan negara, yang
menentukan hala tuju negara. Pastikan muslim yang beriman dan bertakwa
sahaja dipilih untuk berada dibarisan kepimpinan negara. Pemimpin yang
beriman dan bertakwa sahaja dapat menjaga kepentingan agama,bangsa dan
negara.
Jangan tertipu dengan tipu muslihat
pemimpin yang mengejar kuasa dan pangkat untuk kepentingan mereka.
Kumpulan ini sanggup menggadai maruah agama,bangsa dan negara asalkan
impian mereka tercapai.Tiada sekelumit niat hatta sebesar zarah dalam
hati mereka, untuk menjaga maruah bangsa,agama dan negara. Apa yang ada
hanya pangkat dan harta dalam jiwa, walaupun terpaksa menjual maruah
agama,bangsa dan negara serta saudara seagama dihina dan dikeji di
negara sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.