Oleh Siti Fatimah Ishak
Kuasa pengguna boleh naik dan jatuhkan pemerintah: Amir Isma
BANGI–
Kempen membeli produk muslim perlu diteruskan tanpa peduli desakan
pemimpin parti tamak dan haloba, DAP, tegas Amir Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Semalam,
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap kempen produk muslim sudah
mencapai tahap yang mengganggu sehingga Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen.
Dakwanya, kempen berkenaan perlu dihentikan kerana menjejaskan perpaduan nasional dan merugikan pengguna.
“Kalau
begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera), produk-produk luar
negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,” katanya.
Menyifatkan
kenyataan itu sebagai bodoh sombong, Ustaz Abdullah mahu kempen ini
diteruskan sehingga bangsa yang angkuh faham bahasa dan adab sopan.
Katanya,
umat Islam yang juga pengguna mempunyai kuasa dan hak, malah kita
sebagai penentu dalam menggubal dasar serta polisi di Malaysia.
“Percayalah,
kuasa pengguna yang boleh menaik dan menjatuhkan pemerintah. Jadi, usah
layan rayuan Guan Eng yang kebudak-budakan. Suka hati kitalah nak beli
apa dan dari siapa,” katanya.
Kempen
membeli barangan muslim dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi
alternatif lain kepada masyarakat Islam.
UMMAH juga
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Koperasi Al-Hilal
(KOHILAL) dan Abata, supaya produk muslim yang kurang mendapat tempat di
pasaraya, akan mendapat manfaat menerusi platform yang dilancarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.