Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Syor tubuh RCI kaji tindak-tanduk pertubuhan haram, rasis
LANGKAH
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran
kumpulan Pendidikan Cina Dong Zong negeri Johor, satu langkah bijak dan
tepat. Ia hendaklah diikuti seterusnya di seluruh negara.
Dong Zong
melahirkan pemikiran rasis dan komunis. Penentangan berterusan khat jawi
daripada enam muka kepada tiga muka, daripada subjek wajib menjadi
pilihan, sangat menyerlahkan wajah sebenar Dong Zong.
Kerajaan
sudah terlampau baik selama ini memberi muka kepada pertubuhan rasis
ini. Sejak awal penubuhannya, pertubuhan ini tidak pernah bersetuju
dengan apa jua saranan Kementerian Pendidikan demi masa depan negara.
Malah, pertubuhan rasis ini yang mengenakan syarat kepada KPM supaya
tunduk kepada mereka.
Saya
syorkan RCI ditubuhkan untuk mengkaji segala tindak tanduk Dong Zong
sejak mula ditubuhkan oleh Lim Lian Geok hingga kini, isu terbaharu
penentangan terhadap jawi.
Dengan pembatalan ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada Dong Zong negeri-negeri lain.
Ini
bermakna, semua sekolah yang beroperasi di bawah Dong Zong seperti
Sekolah Menengah Persendirian Cina dan sijil UEC yang dikeluarkan adalah
tidak sah.
Badan ini
adalah badan haram dan sijilnya juga ada sijil haram. Pemimpin mereka
daripada dahulu hingga kini masih mendewa-dewakan, pengasas mendiang Lim
Lian Geok.
Lian Geok
yang meninggal pada 1985 adalah seorang rasis yang dianggap sebagai hero
kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an
dan 1960an. Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak
1935 hingga 1961.
Lian Geok
adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah
Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.
Kewarganegaraan
dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan
pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar
pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman
Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan
bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar.
Jika ditubuhkan RCI, penentangan terhadap agenda negara sudah tentu dapat membuktikan betapa rasisnya pertubuhan ini.
Kepada
Lian Geok apa sahaja akta atau undang-undang yang mencairkan proses
pencinaan akan ditentang habis-habisan. Hari ini perkara sama dilakukan
oleh pewaris-pewaris Lian Geok.
Mendiang
didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut
rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan
sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum.
Tindakan
tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat
daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk
melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok.
Saya masih
ingat, satu ketika dahulu, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap
mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Mereka
mahukan nama Lian Geok mesti dibersihkan.
Lantas,
tekanan demi tekanan dibuat terhadap kerajaan terutama menjelang pilihan
raya. Ultra kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak
salah dan dibenarkan oleh Perlembagaan atas hak kebebasan bersuara.
Kata-kata
keramat Lian Geok yang terus dipegang oleh pimpinan Dong Zong hingga ke
hari ini adalah “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah
Cina.
Sekolah
Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka
tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat
penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya
Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal
usul atau akar Cina”.
Kata-kata
ini tidak baik untuk pembinaan negara bangsa. Kata-kata ini begitu jelas
menunjukkan bagaimana selama ini Dong Zong sedang membina negara dalam
negara.
Ultra
kiasu selalu menggunakan hujah Lian Geok yang diterbitkan dalam akhbar
Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan
hujah menghalalkan segala tindak tanduk Lian Geok,
Antara
lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup
Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota
sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar
kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China
ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular.
Perkara
ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara
ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru
masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanah air dan
memohon kewarganegaraan.
Hujah ini begitu tersasar, penyata Razak 1956 sudah memuktamadkan bukan Lian Geok seperti yang didakwa.
Nyatakan
perlakuan Lian Geok tidak mencerminkan kata-katanya, jika benarlah
perjuangan beliau, sepatutnya pimpinan Dong Zong hari ini akan menjadi
lebih lunak terhadap jawi. Tetapi ditentang habis-habisan sehingga ke
akar umbi. Inikah semangat Lian Geok yang diungkapkan dalam Utusan
Melayu.
Saya
noktahkan di sini bahawa mengenai Dong Zong sekian lama, nyata sekali
pertubuhan ini sangat rasis dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai
pertubuhan yang sah. KDN hendak bertegas untuk tidak melayan sebarang
rayuan untuk menghidupkan gerakan dan pemikiran rasis yang begitu bahaya
dalam pembinaan negara bangsa.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.