Oleh Athirah Huda Zalhe
Kerajaan diingatkan tidak 'main-main' laksana rule of law: Amir Isma
BANGI
– Perjuangan untuk mendapatkan keadilan ke atas kematian anggota bomba,
Muhammad Adib Mohd Kassim masih belum selesai, selagi penjenayah yang
terbabit tidak dibawa ke muka pengadilan.
Amir
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata,
keputusan Mahkamah Koroner hari ini adalah permulaan untuk keadilan
sebenar buat Muhammad Adib dan keluarganya.
Pemimpin
tertinggi gerakan Islam utama itu berkata, rakyat dan keluarga
Allahyarham masih belum mampu menarik nafas lega selagi tidak melihat
penjenayah yang membunuh Muhammad Adib berakhir di tali gantung.
“Justeru
itu, kita mengharapkan kerajaan tidak ‘main-main’ lagi dalam
melaksanakan rule of law, apatah lagi membabitkan nyawa seorang anggota
keselamatan serta penjawat awam yang bertugas.
“Isma
turut melahirkan rasa syukur atas keputusan mahkamah hari ini, yang
akhirnya membuktikan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan jenayah,”
katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Pada masa
sama, beliau turut mengulangi gesaannya kepada Tommy Thomas untuk
meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara, supaya keadilan dalam kes ini
dapat ditegakkan.
“Saya
pasti melalui keputusan mahkamah hari ini, rakyat akan memastikan
kerajaan tidak berkelakuan ‘pelik’ atau cuba melindungi pesalah.
“Isma juga
ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga Allahyarham Adib dan semua
pencinta keadilan yang sama-sama berjuang hingga ke hari ini,” katanya.
Selepas 41
hari prosiding inkues dijalankan, Mahkamah Koroner hari ini memutuskan
kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di
tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lalu, adalah
akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu
tidak diketahui.
Koroner
Rofiah Mohamad berkata, mahkamah menerima teori dikemukakan Prof Dr
Shahrom bahawa kecederaan dialami Muhammad Adib adalah disebabkan
perusuh menendang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)
yang mengena dada Allahyarham sehingga menyebabkan Muhammad Adib
tersepit.
Keputusan
mahkamah hari ini juga menjadi ‘penawar’ kepada pelbagai konflik yang
tercetus sepanjang prosiding berlangsung, termasuk kontroversi campur
tangan Peguam Negara.
Pada 24
Disember 2018, dilaporkan bahawa pihak polis, melalui kenyataan bekas
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid, empat orang suspek
telah dikenal pasti dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
atas kesalahan membunuh. Namun, semua suspek telah dibebaskan.
Negara
sekali lagi dikejutkan apabila Tommy Thomas sudah pun mengeluarkan
afidavit sebelum inkues selesai, selain peguam bagi keluarga Adib, KPKT
dan pihak bomba iaitu Puan Syazlin Mansor mengaku bahawa terdapat campur
tangan daripada pihak Peguam Negara dalam kes ini.
Malah,
beliau juga diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara supaya menarik diri
daripada kes berkenaan dengan alasan yang tidak munasabah, sekali gus
menimbulkan pelbagai keraguan terhadap integriti institusi keadilan di
negara ini.
27 Ogos
lalu, keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada
Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah)
terhadap Tommy Thomas berhubung punca kematian Muhammad Adib.
Mahkamah
menerima permohonan bapa Adib, Mohd Kassim, 65, berdasarkan beberapa
faktor antaranya hujahan pemohon, percaya Tommy menggunakan kedudukan
mengenai punca kematian Muhammad Adib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.