PAS khuatir DAP bawa bencana besar jika tidak dibendung
BANGI
– PAS menyifatkan parti rasis dan cauvinis, DAP serta sekutu mereka
sebagai ‘makhluk perosak’ kerana banyak mengeluarkan kenyataan berbaur
perkauman dan mencetuskan sentimen agama.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman
Mohamad berkata, ungkapan ‘makhluk perosak’ kerana DAP menunjukkan,
sikap terbuka mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu
Bumiputera dan raja-raja.
“Bukan itu sahaja, malah ada individu dan
pimpinan politik yang menghina agama Islam seperti mempertikaikan
pemakaian tudung dan aurat, mempersoalkan laungan azan, isu bacaan
khutbah dan banyak lagi sehingga mempersoalkan ibadah khusus yang
diamalkan oleh umat Islam.
“Kemuncaknya apabila mereka secara terang
campur tangan membantah cadangan untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah
Syariah yang hanya membabitkan orang Islam. Mereka juga lantang
menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasikan.
“Kenapa mereka perlu mempertikaikan hal
ehwal agama lain sedangkan Islam sendiri tidak menghalang penganut agama
lain mengamalkan ajaran mereka?” soal beliau dalam satu kenyatan hari
ini.
Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata,
campur tangan DAP berhubung perkara berkaitan Islam adalah sebahagian
tindakan melampau ‘makhluk perosak’ yang boleh menggugat keharmonian
negara yang telah dijalinkan selama ini.
“Ibarat titisan hujan yang boleh
mengakibatkan banjir yang besar, PAS menyuarakan kebimbangan tindakan
mereka boleh menyebabkan bencana yang lebih besar kepada Malaysia yang
kita sayangi ini jika tidak dibendung dengan segera,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, PAS
berkali-kali menegaskan akan menyokong dan mempertahankan segala agenda
perpaduan nasional dalam banyak kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan
oleh pihak mereka.
“Pasca Himpunan Perpaduan Ummah dan
termeterainya Piagam Muafakat Nasional turut menyatakan dengan jelas
agenda perpaduan nasional ini tanpa ragu-ragu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.