Jual MyKad kepada warga asing senjata DAP PRU15 kah?
BANGI
– Rakyat kesal dengan sikap kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) yang
membisu dalam isu penjualan dokumen MyKad, dan sijil kelahiran kepada
warga asing baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, rakyat juga kecewa
apabila kerajaan tidak bersungguh-sungguh memberi keadilan berhubung isu
membabitkan nyawa seperti kes Muhammad Adib Mohd Kassim; Syed Muhammad
Danial Syed Syakir dan; mangsa terjejas akibat pencemaran udara di Pasir
Gudang sebelum ini.
Pengguna Facebook, Mohd Zuraimi Hamzah
berkata, aktiviti sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran adalah
tindakan pihak tertentu yang mahu menjual negara secara halus.
“Bagi MyKad sewenang-wenangnya kepada
warga asing untuk dapat duit pantas berjuta-juta. Orang macam inilah
musuh negara secara senyap.
“Berselindung di sebalik jawatan-jawatan
yang disandang. Secara senyap ‘menghancurkan’ negara. Merekalah barua
sejati!” kata beliau.
Hariman Mohamad Yusof pula mendesak
kerajaan untuk mencari dalang isu berkenaan serta menangkap pembeli dan
penjual atas tindakan mengancam keselamatan negara.
“Senyap dah isu ‘MyKad tipu’. Sepatah
haram pun tak ada sebarang kenyataan, desakan atau tekanan kpd PDRM, JPN
dan sebagainya dari puak-puak komunis DAP. Sayangkan Negara? Patriotik?
Malaysia Tanah Tumpah Darahku?
“Nampaknya tidak. Adalah lebih penting
dan menguntungkan DAP sekiranya ‘pelancong China diMalaysiakan’, sebagai
senjata PRU15. Rakyat, khususnya Melayu Islam, masih tak nampak? Tak
sedar? Nak tunggu apa lagi?” tulis Fuad Abdul Rahman·
Sementara pengguna Facebook, Yusaini
Yusof menyarankan rakyat mengadakan himpunan secara besar-besaran untuk
menghalau pendatang haram dari China yang membahayakan negara.
“Menguntungkan puak-puak dia mana nak
bising, cuma kalau pembangkang dah tentu hampir runtuh langit dibuatnya
,SPRM pun kerja 24 jam tanpa henti buat siasatan, inilah nasib Malaysia
sekarang haru biru dibuat oleh PH,” tulis Arifin Tambrin.
Sementara Kayrie Kaydeen Kushiki pula
hairan apabila kerajaan lambat bertindak berhubung isu penjualan dokumen
MyKad serta isu lain yang melanda negara sebelum ini.
“Mana isu arwah Adib, Syed Muhammad Danial dan Pasir Gudang. Semua itu senyap saja. Apa kes,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.