fazleen safina
Murid, guru terbeban terpaksa ikut ujian berpusat LPM
BANGI– Cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
relevan dengan situasi pendidikan ketika ini, namun perlu diganti dengan
memperkasakan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), kata Ketua Wanita,
Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Azizah Che Awang.
Beliau berkata demikian sebagai menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) yang mahu UPSR dimansuhkan sebagai usaha mentransformasikan sistem pendidikan.
Azizah yang juga pesara guru berkata, sudah bertahun-tahun murid dibebankan dengan peperiksaan yang langsung tidak adil untuk mereka kerana setiap sekolah mempunyai latar belakang yang berbeza.
“Sepatutnya pelajar sekolah rendah ‘enjoy their schools life’ sebab Kementerian Pendidikan sendiri telah menekankan pendekatan ‘fun learning’.
“Maka saya juga berpendapat, UPSR perlu dimansuhkan dan diperkasakan PBS tetapi kualiti soalan dan penandaan mestilah dipelihara oleh sekolah,” katanya kepada Ismaweb.
Semalam, Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata, tiada lagi keperluan untuk UPSR dilaksanakan kerana murid-murid terpaksa menanggung beban untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
Katanya, pemansuhan peperiksaan UPSR juga dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kepada murid di negara ini, selain mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang menjadikan ‘A’ sebagai kayu pengukur kualiti seseorang murid.
Katanya, pemansuhan UPSR tidak bermakna murid tidak akan dinilai sama sekali, terutama berhubung kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
“Pemansuhan UPSR tidak bermakna murid tidak akan dinilai khususnya untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP).
“Murid akan tetap dinilai seperti ujian berasaskan pentaksiran oleh sekolah masing-masing dan bukan lagi berorientasi peperiksaan berpusat semata-mata,” katanya.
Mengulas lanjut, Azizah mengakui selama ini keputusan UPSR dilihat sebagai kayu ukur hasil kerja seseorang guru yang terbabit secara langsung mengajar mata pelajaran ujian berkenaan dan prestasi akademik sesebuah sekolah.

Maka,
tidak mustahil jika guru rasa terbeban dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran, lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa melayani kebolehan
setiap murid selaras kehendak Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK).
“Tetapi, bila tiba penilaian, semua murid
dipaksa menggunakan peperiksaan berpusat yang diurus oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM), yang semakin lama semakin sukar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.