Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy pula mendapat surat tuntutan guaman daripada peguam penceramah kontroversi Dr Zakir Naik.
Zakir menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman di mahkamah.
Selain Ramasamy, tuntutan sama turut dikeluarkan kepada anggota parlimen Klang Charles Santiago, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam Satees Muniandy dan bekas duta Dennis J Ignatius.
Minggu lepas, tuntutan sama dikeluarkan terhadap menteri sumber manusia M Kulasegaran - yang bersedia berdepan Zakir di mahkamah.
Zakir juga memfailkan laporan polis terhadap pihak-pihak itu dengan menggesa siasatan dibuat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.