Orang ramai diminta jaga kedaulatan negara, tak sebar berita tak sahih
BANGI– Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Johor akan mengambil tindakan
tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan penghinaan terhadap
bendera Malaysia.
Ketua Polis
Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dalam satu kenyataan, hari ini
berkata, pihaknya memandang serius mengenai perkara berkenaan serta akan
mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berbuat demikian.
Ini kerana,
tegasnya, keadaan ini telah memberi persepsi yang pelbagai di kalangan
masyarakat kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.
“Kebelakangan
ini telah dikesan beberapa insiden melibatkan penghinaan terhadap
bendera Malaysia, Jalur Gemilang sama ada dipasang atau digantung secara
terbalik atau digunakan bagi maksud yang tidak sewajarnya.
“Polis Johor
amat memandang serius tentang perkara ini dan tindakan undang-undang
akan diambil mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14
Akta Kesalahan Kecil 1955 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 terhadap sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini.
“Tindakan
juga boleh diambil mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu
dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah
keamanan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali,” katanya.
Justeru,
Mohd Kamarudin menasihati orang ramai supaya menjaga kedaulatan negara
serta tidak menyebarkan berita-berita tidak sahih yang boleh mengganggu
keamanan negara.
Terdahulu,
tular dalam media sosial mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang
dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang.
Selain itu, sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap juga dikatakan memasang Jalur Gemilang terbalik, dan difahamkan permohonan maaf sudah dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.