KUALA LUMPUR –
Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan tiga anggota lembaga
pengarah baharu termasuk dua individu dari China, berkuat kuasa 26 Jun
2019 .
Menurut
kenyataan hari ini, Khazanah berkata mereka ialah Ketua Bahagian
Penasihat, Jabatan Peguam Negara To’ Puan Azian Mohd Aziz, Pengasas
SenseTime dan Profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor
Xiao’ou Tang.
Selain itu
Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta
Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee juga
dilantik.
“Khazanah
mengalu-alukan pelantikan anggota lembaga pengarah yang baharu ini dan
berharap akan dapat terus bekerja dengan kami yang diketuai oleh
Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad (yang juga Perdana Menteri) untuk
memenuhi mandat kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia,” menurut
Khazanah. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.