ISMA WEB
Polis buru rakan suspek bantu siasatan kes di Seri Kembangan
KUALA LUMPUR
– Seorang penunggang motosikal yang bertindak samseng dengan menghentak
cermin sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita di Seri Kembangan,
dekat sini, Selasa lalu, ditahan polis, semalam.
Ketua
Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, suspek berusia 30-an
dan bekerja sebagai pembantu stor kilang, ditahan pada jam 3 petang di
sekitar Balakong, dekat sini.
“Polis
turut turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang disyaki
digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ismadi berkata, polis kini memburu rakan suspek bagi membantu siasatan.
Dalam
kejadian jam 5.30 petang, Selasa lalu, pemandu wanita berkenaan, yang
bekerja sebagai pembantu kedai kek, mendakwa penunggang motosikal
berkenaan menghentak cermin hadapan keretanya sehingga retak dengan topi
keledar ketika memandu di Seri Kembangan.
Laporan
media menyebut dua buah motosikal ditunggangi dua lelaki dikatakan
berhenti mengejut di hadapan sebuah kereta Proton Axia sehingga
menyebabkan pemandu berusia 22 tahun tersebut terpaksa membrek.
Mangsa mendakwa lelaki terbabit menghentak cermin keretanya kerana tidak berpuas hati selepas beliau membunyikan hon.
Perbuatan
lelaki itu dirakam oleh mangsa menggunakan kamera ‘dashcam’ dan rakaman
video itu tular di media sosial sejak kelmarin. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.