KUALA LUMPUR – Inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukan prosiding yang mahu mencari siapa kalah dan menang.
Justeru sepatutnya tidak ada pihak yang dipersalahkan, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad.
Dalam masa yang sama beliau menambah,
Pakatan Harapan harus ingat dan terus mempraktikkan ‘rule of law’ yang
diperjuangkan sebelum ini.
Justeru apa juga bentuk sistem
perundangan termasuklah inkues yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan
mengetahui punca kematian Adib berjalan dengan telus.
“Kerajaan tidak seharusnya lupa dengan
prinsip ‘rule of law’ yang sering diungkapkan kepemimpinan PH. Inkues
ini bukanlah suatu prosiding untuk yang menang atau kalah dan apa yang
lebih penting, tindakan yang diambil senua pihak mestilah telus dan
amanah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kata Noraini lagi, tindakan
mempertikaikan kedudukan peguam Syazlin Mansor dalam inkues yang
sebelum ini mewakili tiga pihak hanya selepas 36 hari prosiding inkues
kematian anggota bomba menimbulkan tanda tanya.
Ujarnya ini kerana apabila Peguam Negara
membangkitkan perkara ini pada saat akhir ia jelas hanya melambatkan
prosiding yang berjalan bermula Febuari yang lalu.
Justeru beliau menggesa Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin memberi penjelasan
terhadap isu yang timbul di saat-saat akhir inkues itu.
“Wanita UMNO peka dan prihatin terhadap
tindakan Syazlin yang menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan
dalam inkues kematian Adib.
“Tidakkah tindakan Peguam Negara, Tommy
Thomas ini hanya akan melanjutkan lagi tempoh prosiding inkues yang
berbaki dua hari lagi,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.