Oleh Athirah Huda Zalhe
Pelik bila orang bukan Islam jadi tuan rumah majlis iftar muslim
BANGI
– Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan Ahli
Parlimen Johor Bahru mengadakan majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib,
di bandar raya itu semalam.
Beliau
hairan kenapa sesetengah pihak obsesi menjemput atau menerima jemputan
berbuka puasa daripada orang bukan Islam, sedangkan mereka tidak
berpuasa.
Katanya,
menjemput orang bukan Islam dalam program perayaan umat Islam adalah
idea baik, namun beliau berpendapat majlis membabitkan bulan puasa
kurang sesuai diadakan.
“Lagi
kelakar, ada seorang wakil rakyat di Johor Bahru berbuka puasa di dalam
rumah ibadat bukan Islam di Gurdwara Sahib. Kenapa buat majlis iftar di
Gurdwara?
“Tak ada
tempat lain yang lebih sesuai? Siapa yang berpuasa? Orang Islam ke atau
orang Sikh,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net
Tindakan
Akmal Nasrullah Mohd Nasir memenuhi jemputan berbuka puasa di Gurdwara
Sahib semalam, mengundang rasa tidak senang dan kritikan orang ramai
terutama umat Islam yang membantah dengan penganjuran itu.
Walaupun
dibantah, Akmal tetap mempertahankan tindakannya dan menolak dakwaan
bahawa penganjuran itu boleh menggugat akidah umat Islam kerana
masing-masing sudah mempunyai kepercayaan dan anutan sendiri.
Beliau
yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata, usaha memupuk perpaduan
perlu diteruskan dan kedatangannya ke rumah ibadat itu adalah atas
jemputan kali kedua untuk berbuka puasa.
Mengulas
lanjut, Ridhuan Tee berkata, beliau tidak merasakan bahawa mesej dakwah
sampai melalui penganjuran seperti itu, apatah lagi bagi tujuan
mengeratkan perpaduan.
“Apa
tujuan jemputan itu? Atas muhibah, atas dasar dakwah atau mahu
menyampaikan Islam atau apa? Sekian lama kita buat majlis itu, makin
eratkah perpaduan? Tidak juga. Semakin ramai yang memeluk Islam? Tidak
juga.
“Saya
masih boleh terima jika mereka menjadi jemputan kita, tetapi apabila
yang muslim menjadi jemputan mereka, mereka jadi tuan rumah, saya fikir
ini agak pelik,” katanya.
Beliau
berkata, orang bukan Islam yang turut serta dalam majlis berbuka puasa
akan ditinggalkan apabila muslim menunaikan solat Maghrib, sebelum
menyambung semula makan.
“Mereka
menjadi tidak selesa kerana ditinggalkan. Saya tidak fikir mesej dakwah
kesampaian jika dibuat sebegitu. Saya lihat dengan mata kepala sendiri
apabila majlis iftar membabitkan bukan muslim, mereka jadi keseorangan
apabila kita pakat-pakat pergi solat.
“Ini bukan
soal makanan yang disediakan halal atau tidak, disediakan ruang solat
atau tidak, atau apa-apa lagi yang perlu disediakan sebagai menghormati
kita, tetapi tidak berapa kena menjemput orang tidak berpuasa dalam
majlis berbuka puasa. Saya tidak larang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.