Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Adakah terdapat motif tertentu apabila tiba-tiba sahaja peguam ditukar
BANGI– Melahirkan rasa kesal dan terkejut terhadap apa yang berlaku dalam
inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim,
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini mempersoalkan,
kenapa daripada awal, peguam Syazlin Mansor dibenar membantu koroner di
dalam prosiding inkues itu.
Pada masa
sama, PPMM juga musykil kenapa hanya setelah 36 hari prosiding
berlangsung dan berbaki selama dua hari sahaja lagi, baharu peguam
berkenaan ‘diarah’ menarik diri daripada inkues itu oleh pihak yang
diwakili beliau, iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Malah,
melalui penelitian PPMM dalam prosiding itu, Syazlin telah bekerja keras
membawa kes beliau, dan membantu koroner dengan pelbagai input serta
keterangan yang tidak disentuh oleh Jabatan Peguam Negara.
Dilaporkan
penarikan balik itu dibuat kerana kerajaan telah diwakili oleh Jabatan
Peguam Negara, yang menjadikan Syazlin sebagai peguam swasta bersifat
kelewahan (redundant). Terdapat juga pelbagai perkara lain yang
ditularkan, mengundang kegelisahan awam, tetapi tidak dapat disahkan.
Presiden
PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya musykil sekiranya
benar alasan yang dilaporkan, kenapa hanya setelah 36 hari prosiding
berlangsung, dan berbaki dua hari sahaja lagi, baharu tindakan itu
diambil.
“Daripada
catatan prosiding inkues ini adalah amat jelas saksi-saksi dikemukakan
KPKT keterangannya sangat berbeza daripada keterangan diberikan saksi
dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Timbul persoalan di sini, adakah
Jabatan Peguam Negara mahu beberapa fakta matan kepada prosiding itu
tidak diberi pertimbangan koroner?
“Malah, ditularkan juga terdapat arahan pihak tertentu mendesak Syazlin menarik diri. Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini supaya kegusaran ramai tentang ketelusan prosiding ini dapat diredakan.
“Malah, ditularkan juga terdapat arahan pihak tertentu mendesak Syazlin menarik diri. Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini supaya kegusaran ramai tentang ketelusan prosiding ini dapat diredakan.
“Malah,
Jabatan Peguam Negara juga sehingga hari ini tidak mengesahkan beberapa
orang yang diberikan jaminan mulut dibebaskan setelah direman, masih
berada dalam pemantauan pihak berkuasa atau tidak,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, PPMM memahami Syazlin terpaksa menarik diri atas arahan daripada anak guamnya dan tidak boleh mengabaikan arahan berkenaan, namun pihak berkuasa perlu memberi penjelasan yang tuntas berkaitan perkara ini.
Beliau berkata, PPMM memahami Syazlin terpaksa menarik diri atas arahan daripada anak guamnya dan tidak boleh mengabaikan arahan berkenaan, namun pihak berkuasa perlu memberi penjelasan yang tuntas berkaitan perkara ini.
Menteri buat U-turn
Zainul
Rijal berkata, pada 24 Disember tahun lalu, Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin dilapor berkata, selain memberi
nasihat guaman Syazlin dilantik untuk membantu polis dan pihak
pendakwaan dalam persediaan prosiding itu.
“Malah,
Zuraida menegaskan sekiranya terdapat perkara dianggap terlepas pandang
atau perlu diberi penelitian dan sebagainya, Syazlin boleh memberi
pandangan dan input untuk kebaikan semua.
“Namun
semalam pada 27 Mei 2019, menteri yang sama dilaporkan berkata Syazlin
tidak perlu lagi mewakili mereka kerana Jabatan Peguam Negara mewakili
pihak kerajaan walaupun dahulu beliau mahukan semua perkara diambil
kira,” katanya.
Sehubungan
itu, PPMM menggesa Peguam Negara menjelaskan kedudukan perkara itu
dengan terperinci kenapa tindakan sebegini diambil dan beliau mesti
telus di dalam menjalankan amanahnya.
“Jika
benar Syazlin adalah bersifat kelewahan kenapa daripada awal prosiding
Syazlin dibenarkan membantu koroner di dalam prosiding itu,” katanya.
Zainul
Rijal berkata, seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah segala
keterangan yang diambil koroner sebelum ini dibuat secara bersumpah di
dalam suatu prosiding yang sah di sisi undang-undang.
Oleh itu,
katanya, semua keterangan berkenaan tidak boleh dibuang begitu sahaja
semata-mata kerana peguam menarik diri dan koroner mesti mengambil kira
segala keterangan yang diambil.
“Persoalan
kini adakah apabila pegawai Jabatan Peguam Negara mengambil alih tugas
Syazlin pegawai itu boleh memohon kepada koroner untuk membuang apa-apa
keterangan yang telah diterima masuk oleh koroner?
“Implikasinya
pula ia akan mengakibatkan inferens bertentangan (adverse inference)
berkenaan fakta pihak pendakwaan atau mana-mana pihak berkepentingan,
termasuk keterangan yang telah membangkitkan secara langsung dan tidak
langsung berkaitan ketiadaan kerdibiliti fakta kes pendakwaan mahupun
pihak berkepentingan selain daripada kepentingan Allahyarham Adib.
Adakah terdapat motif tertentu apabila tiba-tiba sahaja penukaran peguam
dibuat?,” katanya
Beliau
turut mengingatkan bahawa, Peguam Negara telah memfailkan suatu afidavit
bersetuju dengan pandangan seorang saksi yang menyatakan Adib meninggal
dunia akibat kemalangan – bertentangan dengan pandangan saksi yang
menyatakan sebaliknya – walhal Mahkamah Koroner masih lagi bersidang dan
belum membuat sebarang dapatan.
“Hal yang
demikian menzahirkan pihak Peguam Negara telah mengambil alih peranan
Mahkamah Koroner walaupun prosiding masih belum selesai.
“Perlu
difahami bahawa inkues bukanlah suatu prosiding dimana ada pihak yang
bertentangan atau berlawan, ada yang menang atau kalah. Tujuan inkues
adalah untuk mendapat tahu apa yang berlaku melalui saksi-saksi. Oleh
itu jika semua fakta dan pandangan tidak dizahirkan sepenuhnya adakah
matlamat inkues ini dapat dicapai?
“PPMM
kesal dengan tindakan tidak professional seperti ini dan keadilan
mestilah dilakukan kepada Adib. Peguam Negara perlu menjelaskan
sepenuhnya apa yang berlaku tanpa berselindung di sebalik kuasa yang ada
pada beliau,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.