DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Khamis, 30 Mei 2019

Apa jadi dengan bukti, PBS desak RCI baru isu beri MyKad kepada warga asing

Tracy Patrick
Maximus Ongkili mengetuai laungan semangat pimpinan PBS 
selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti hari ini.
 
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja baru unutk menyiasat semula isu pengeluaran MyKad kepada warga asing, susulan aduan dan “bukti baru” di media baru-baru ini.

Presiden Maximus Ongkili juga berkata siasatan lanjut perlu dijalankan memandangkan bukti-bukti yang diberikan dalam RCI sebelum ini tidak disusuli dengan sebarang tindakan konkrit.

“Banyak bukti yang diberikan semasa RCI pertama, seperti penerbitan dokumen dan kewujudan Projek IC, sebuah sindiket yang terkenal pada tahun 80-an, dan banyak cadangan telah diberikan oleh Suruhanjaya ketika itu, tetapi hingga sekarang, tidak ada tindakan konkrit yang diambil.

“Kami berharap RCI mengenai kewarganegaraan dapat membetulkan keadaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBS di ibu pejabat parti di Penampang hari ini.

Maximus menambah RCI baru itu juga perlu menyiasat isu pengeluaran sijil kelahiran dan pemberian status pemastautin tetap kepada warga asing.

Beliau mengingatkan pemegang status PR boleh menjadi warganegara Malaysia selepas 5 tahun.

“Ini termasuk implikasi dari projek yang dikaitkan dengan Warisan, yang tentunya mereka telah nafikan. Kami percaya polis sedang menyiasat dakwaan ini.

“Walaupun perkara ini telah dibangkitkan semasa RCI mengenai pendatang asing sebelum ini, tetapi sehingga hari ini, tiada penyelesaian yang sesuai diberikan,” katanya.


ELBI RISALAH di 5/30/2019 06:31:00 PG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.