TUMPAT: Gara-gara
mengaitkan rakyat Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur sebagai kaki
kelab malam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun terus
menerima kecaman.
Terbaharu Persatuan Anak Kelantan
Perantauan Malaysia (Perakan) akan menghantar memorandum bantahan kepada
pengerusi SPR terbabit.
Presiden Perakan, Ir Hamdzah Abd Rahman
berkata, Jawatankuasa Teknikal Perakan sedang merangka draf memorandum
berkenaan sebelum diserahkan kepada Azhar.
Katanya, memorandum itu sebagai bantahan
terhadap kenyataan pengerusi SPR yang melabelkan rakyat Kelantan yang
berada di Kuala Lumpur sebagai ‘kaki kelab malam’.
“Sebagai seorang Pengerusi SPR
sewajarnya beliau lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan,”
katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah dan Pungutan Derma Pusat
Tarbiyah Dun Pengkalan Kubor, dekat sini kelmarin.
Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.