CHENOR: Lima
sekeluarga terbunuh, manakala seorang kanak-kanak cedera parah dalam
tragedi kemalangan jalan raya di KM101 Kampung Semat, Batu 13, di sini
jam 2.30 petang semalam.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu
kereta Myvi, Ustazah Norsuraya Mohd Noor, 30, dari Jengka 6 yang juga
merupakan Guru KAFA dan suaminya Musa Abdullah, 31, aktivis PAS Cawangan
Jengka 4.
Bapa Suraya, Mohd Noor Che Mat, 78,
ahli PAS Jengka 6 dan ibunya, Hashimah Ismail, 66 serta anaknya,
Muhammad Zulkarnain Musa, 3, turut kembali ke rahmatillah.
Manakala seorang lagi anak pasangan
tersebut, Nur Quraitun Ain Musa, 5, cedera parah dan kini berada di Zon
Merah Hospital Temerloh, sekali gus tinggal sebatang kara atas
kehilangan semua anggota keluarganya itu.
Semua mangsa terbunuh dikebumikan
malam tadi di Jengka 6 kecuali Hashimah Ismail yang dituntut ahli
keluarga untuk disemadikan di Kampung Sungai Kepung, Lancang.
Pemandu Proton Iswara, Mohd Yuszi
Yusof, 46, aktivis PAS dari Kampung Awah dan pemandu Hilux Tan Cheng
Keot, 52, terselamat walaupun kenderaan mereka mengalami kerosakan
teruk.
Para pimpinan PAS termasuk Yang
Dipertua PAS Kawasan Maran, Hasenan Harun dan Adun Chenor, Mujibur
Rahman Ishak adalah antara yang awal menziarahi keluarga mangsa.
Dalam kenyataannya, Mujibur Rahman
memgharapkan semoga Allah merahmati semua yang terkorban dan memudahkan
segala urusan mereka yang masih hidup. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.