Permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu lagi mendapat sokongan wakil rakyat, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.
Beliau berkata kementerian membuat keputusan itu berikutan menerima banyak aduan daripada pemohon yang berkata proses tersebut menyukarkan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka dilihat memiliki pandangan politik yang berbeza dengan wakil rakyat tersebut.
"Sebelum ini kita tak tahu realitinya mereka perlu cari ahli politik yang menang kawasan tersebut.
Ada rintihan dan aduan di (sesetengah) tempat kalau tak sokong (wakil rakyat), tak dapat tanda tangan.
"Kolum (dalam borang permohonan) untuk mendapatkan sokongan telah dikeluarkan... Kalau mereka nak mohon bantuan JKM mereka tak perlu pergi cari ahli parlimen dan adun," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau merujuk ruangan tanda tangan saksi di bahagian 'senarai semak dokumen sokongan' pada borong permohonan.
Ia
sebelum ini perlu ditandatangani antaranya oleh wakil rakyat, ketua
kampung, pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung atau
penghulu.
"Jadi kini semua kolum (yang menyukarkan) kita sudah keluarkan agar mereka yang layak dan mematuhi syarat, mendapat bantuan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.