Mangsa diperdaya dengan panggilan palsu yang mendakwa dari bank
PUTRAJAYA
– Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Putrajaya secara purata menerima 10
laporan polis setiap bulan berhubung kes penipuan dalam talian, dengan
sebahagian besar mangsa merupakan golongan wanita termasuk penjawat awam
dan suri rumah.
Ketua
Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan berkata, mangsa diperdaya
dengan panggilan palsu yang mendakwa dari bank, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, mahkamah selain penipuan Macau scam dan Parcel scam.
“Jumlah
kerugian pula melibatkan puluhan ribu ringgit,” katanya kepada
pemberita selepas majlis sambutan Hari Polis ke-212 peringkat IPD
Putrajaya di sini, hari ini.
Rosly
berkata, beberapa kes penipuan dalam talian yang dilaporkan itu berjaya
diselesaikan dengan tangkapan suspek dilakukan di sekitar Lembah Klang
dan beberapa lagi kes masih dalam siasatan.
Mengenai
jenayah lain seperti kes curi dan pecah rumah di pusat pentadbiran
kerajaan Persekutuan, Rosly berkata kes berkenaan masih terkawal.
“Operasi cegah
jenayah sudah mula ditingkatkan menjelang Ramadan kerana berdasarkan
trend sebelum ini kes berkenaan (curi dan pecah rumah) menunjukkan
peningkatan menjelang hari perayaan atas faktor keperluan untuk
berbelanja meningkat,” katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.