Selasa, 26 Mac 2019

Pelajar Malaysia ditemui mati akan dikebumi di London

Muhammad Hafiz. (Gambar Zainal Epi)
PETALING JAYA: Keluarga kepada Muhammad Hafiz yang ditemui mati di Tasik Serpentine, London semalam akan ke kotaraya itu esok untuk pengurusan pengebumian pelajar itu.

“Saya dan keluarga akan terbang ke sana malam esok,” kata ayahnya, Zainal Epi hari ini.
Jenazah anak bungsunya itu akan dikebumikan di London, katanya.

Zainal, 65, pengarang bersekutu The Malay Mail, tidak menceritakan secara lebih terperinci mengenai kejadian itu kerana belum mendapat maklumat lanjut.

“Saya sangat sedih,” Zainal memberitahu FMT.

Hafiz, 24, adalah anak Zainal yang ke-3 dan pelajar jurusan kimia di Kolej Imperial, London. Kali terakhir Zainal melawat Hafiz di London adalah September lalu.

“Arwah tidak pernah beritahu jika dia sakit sebelum ini dan pemergiannya sangat mengejutkan kami sekeluarga,” kata Zainal, seperti dipetik Utusan Malaysia.

Pegawai dari balai polis tempatan pergi ke tasik itu pada 5.51 pagi semalam (9.51 pagi waktu Malaysia) selepas menerima laporan mengenai penemuan mayat.

Zainal menerima panggilan daripada Kedutaan Malaysia di London pada 2.30 pagi tadi.

Tiada penjelasan diberi mengenai kematian itu setakat ini. Siasatan diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.