Selasa, 26 Mac 2019

Menteri tak jawab soalan berhubung saman Orang Asli, kata PAS


Takiyuddin Hassan.
KUALA LUMPUR: Takiyuddin Hassan membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong kerana tidak tidak mendapat pertanyaannya berkenaan kewajaran Peguam Negara Tommy Thomas mewakili sekumpulan Orang Asli dalam tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu ketika di Dewan Rakyat bertanyakan adakah sah Jabatan Peguam Negara bertindak bagi pihak rakyat biasa (private citizen), seperti dalam tindakan undang-undang Orang Asli Kelantan terhadap kerajaan negeri.

Liew dalam jawapannya mengiyakan dan berkata peguam negara mempunyai 2 peranan iaitu menasihati kerajaan dan jemaah menteri dalam litigasi dan mewakili kerajaan di mahkamah dalam tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau terhadap kerajaan.

Takiyuddin bagaimanapun berkata penerangan Liew tidak menjawab soalannya.
“Apa yang berlaku sekarang ini, dalam kes terbaru, sekumpulan orang Asli di Kelantan ambil tindakan mahkamah saman kerajaan negeri.

“Dalam kes ini, kenapa peguam negara mewakili rakyat? Sedangkan fungsi peguam negara adalah kerajaan mewakili kerajaan, soalan saya kepada menteri tidak dijawab,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Takiyuddin berkata jelas peguam negara tidak boleh mewakili rakyat biasa dalam tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

“Ia nampak seperti peguam negara yang memulakan saman tersebut mewakili pihak tertentu. Itu perkara yang tidak tepat dan tidak betul.

“Peguam negara adalah institusi. Dia tak boleh asingkan diri dia,” katanya.

Putrajaya pada 18 Januari lalu mengumumkan ia memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli, yang pertama oleh kerajaan persekutuan melibatkan hak tanah adat.

Ia juga memohon injunksi menghalang syarikat-syarikat swasta menceroboh tanah adat untuk menjalankan aktiviti komersial.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan 5 entiti swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.