PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah yang menjadi pertikaian kedua-dua negara kebelakangan ini.
“Bagi kami, tiada tuntutan,” katanya dalam wawancara bersama ABS-CBN hari ini.
Isu itu timbul selepas Duta Filipina ke Malaysia, Charles Jose, bulan lalu berkata, Manila belum menarik balik tuntutan ke atas Sabah, sebaliknya negara itu tidak aktif meneruskan tuntutan berkenaan ketika ini.
Wisma Putra kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan menegaskan Sabah ialah sebahagian daripada Malaysia, seperti diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sejak pembentukan persekutuan pada 16 September 1963.
Walaupun banyak kenyataan dilaporkan media, Manila belum mengambil sebarang tindakan rasmi seperti memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara rasmi.
Mahathir yang dalam lawatan kerja 3 hari ke Filipina memberitahu ABS-CBN, beliau tidak akan membincangkan isu itu dengan Presiden, Rodrigo Duterte yang dijadualkan menemuinya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.