“Mereka sepatutnya memberi fokus untuk membangunkan inisiatif ekonomi baru bagi Johor dan bukan memberi fokus kepada cubaan tidak matang, tidak produktif dan mengarut untuk membeli Legoland,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Exco Johor, Jimmy Puah Wee Tse dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membeli beberapa aset milik Khazanah di negeri itu, termasuk Legoland.
Tetapi, katanya, cadangan itu bergantung kepada persetujuan penjual dan pembeli.
Khaled turut mempersoalkan kemampuan kerajaan Johor membeli taman tema itu dan jika ia boleh menguruskan Legoland dengan lebih baik.
Ini kerana, katanya, laporan media menyatakan Legoland mungkin bernilai sekitar RM1 bilion, termasuk hutang.
“Jika kerajaan negeri Johor serius meneruskan cadangannya, maka perlu dilihat prestasi kewangan sendiri dan bersifat telus terhadap analisis ‘market value’ Legoland.
“Kerajaan Johor sepatutnya menimbangkan segenap kebarangkalian yang wujud dalam mengambil keputusan membeli Legoland, sama ada dari sudut nilai tambah ekonomi, masyarakat dan sektor pekerjaan,” katanya.
Bekas menteri besar Johor itu berkata, banyak yang perlu dilakukan dan kesan pengambilalihan itu perlu ditanggung kerajaan negeri.
“Mereka wajib memikirkan langkah proaktif untuk menggalakkan kewujudan pekerjaan baru, merangka model kewangan yang sesuai untuk memaksimakan keuntungan yang bakal diterima kerajaan negeri dan mencari jalan menyelesaikan hutang Legoland.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.