Isnin, 25 Februari 2019

UMNO – PAS: UMNO NAFI NILAI SEMULA

Wartawan Watan-Online

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menafikan dakwaan konon UMNO mahu mengadakan penilaian semula berhubung kerjasama dengan PAS.

Katanya UMNO tidak pernah berhasrat untuk menilai kerjasama dengan PAS yang terjalin akrab setelah mengharungi beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) pasca Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen UMNO Lenggong sendiri turut menyifatkan kerjasama kedua-dua parti pada waktu ini sebagai sangat baik dan sangat mantap terutama dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Berita itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang pastinya bimbang dengan kerjasama UMNO dan PAS yang sedang berjalan begitu baik.

“Oleh itu, saya harap semua pihak terutamanya pengundi di Semenyih supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.