Wartawan Watan-Online
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku ‘bersangka baik’ melihatkan insiden pemberian hamper beserta surat rasmi tertulis tawaran baik pulih rumah untuk penduduk Semenyih oleh kerajaan Pakatan Harapan(PH).
Najib dengan sinis berkata walaupun pertama kali melihat surat tawaran rasmi kerajaan disertakan dengan hamper, namun besar kemungkinan pemberian daripada kerajaan PH itu merupakan hamper tahun baharu cina yang lalu.
“Pertama kali saya tengok surat tawaran rasmi kerajaan disertakan dengan hamper dan risalah parti.
“Kita bersangka baik.
“Walaupun saya tengok hamper ini ada makanan tetapi tidak ada limau mandarin, mungkin hamper ini ialah untuk tahun baru Cina yang baru berlalu,” sindir beliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Najib yang juga ahli Parlimen UMNO Pekan turut mengulas mengenai sandiwara PH apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan setelah taktik licik mereka untuk membeli pengundi terbongkar.
“Calon PH ini juga kata mereka telah membuat laporan polis tentang pemberian ini dan bertegas PH perlu bertanding dengan bersih dan berpegang kepada prinsip.
“Akan tetapi, setelah calon PH menafikan, presiden PPBM pula mengesahkan pemberian ini ialah dari kerajaan PH,” katanya yang turut mengkritik Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang seolah-olah bisu apabila PH melakukan pelanggaran undang-undang.
Terdahulu, Pemuda UMNO diwakili Ketua Pergerakan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir tampil membuat laporan polis susulan pendedahan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi mengenai tindakan PH merasuah pengundi dengan pemberian hamper beserta surat tawaran baik pulih rumah.
Hamper tersebut dilihat ketika mengadakan ziarah rumah ke rumah penngundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Jai, Semenyih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.