KEADILAN DAILY
Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa orang ramai agar membeli barangan keperluan harian mereka di rangkaian Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hujung tahun lalu.
Menurutnya, i-KeeP menawarkan barangan pada harga 3 hingga 20 peratus lebih murah berbanding kedai runcit biasa.
“Tumpuan barangan yang dijual di semua premis I- KeeP adalah barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras di samping barangan keperluan harian yang berjenama dengan mengekalkan pembungkusan barangan jenama tersebut pada harga yang berpatutan dan munasabah.
“Orang ramai juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi pintar Price Catcher, yang dibangunkan dan kawal selia oleh KPDNHEP untuk melakukan semakan dan paparan harga untuk barangan i-KeeP,” katanya.
Fasa pertama program i-Keep yang dilancarkan pada November 2018 melibatkan 304 premis di Semenanjung Malaysia dilaksanakan melalui kerjasama enam rakan strategik syarikat peruncitan yang berkaliber, berpengalaman dan berkeupayaan modal kewangan.
Enam syarikat berkenaan yang mempunyai jenama peruncitan tersendiri ialah Tunas Manja Group (TMG Mart), KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), Segi Cash & Carry Sdn Bhd (Pasaraya Segi Fresh), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (D’Mart), Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK) dan Big Supermart Sdn Bhd (BIG Supermart).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.