Jumaat, 1 Februari 2019
Mimpi ngeri DAP dan PH mula menjadi kenyataan
Selama ini Dap dan PH sangat bimbang berlakunya kerjasama antara PAS dan UMNO. Kerana mereka tahu cantuman undi antara kedua2 parti Melayu Islam itu akan mampu menjadi gelombang besar bagi meruntuhkan impian mereka untuk terus berkuasa.
Kini mimpi ngeri mereka mula berputik. Kemenangan calon BN di C.Highland membuka tirai semangat kerjasama Pas UMNO atas semangat menyelamatkan Islam dan semangat mengalahkan PH yg hidup bernafaskan fitnah. Saya setuju dengan kata2 Mujahid yg mengatakan jika calon PH kalah dlm PRK C.Highland ianya adalah petanda buruk kpd Kerajaan PH.
Kerjasama Pas Umno perlu dijalin lebih rapi sebelum menjelang PRU ke 15 nanti. Kedua2 parti Melayu Islam ini perlu terus bergerak serentak demi Islam, Bangsa dan tanahair. Jangan berikan PH tempoh kuasa yg lebih panjang daripada 5 tahun jika mahu melihat nilai2 suci Islam terpelihara, bangsa berdaulat dan Negara selamat. Jangan beri peluang kepada golongan Liberal itu terus memperalatkan kuasa politik mereka meruntuhkan sendi2 agama dan ketuanan Melayu.
Ummat Melayu Islam diMalaysia perlu sekolahkan kerajaan PH bahawa tidak salah mengejar kuasa politik tapi hendaklah dengan cara yg bersih. Bukan melalui fitnah dan janji2 kosong kepada rakyat. Rakyat bukan kanak2 yg boleh digula2kan sesuka hati demi cita2 malaysia malaysian DAP itu. Saya sangat yakin kemenangan PH dlm PRU 14 yg lalu adalaj tempoh yg diberikan oleh Allah kepada rakyat menilai DAP dan PH. Juga sebagai tempoh untuk PAS dan UMNO mengeratkan kesedaran demi penyatuan Melayu Islam.
Kemenangan calon BN di C.Highland dengan penambahan Undi lima kali ganda itu benar2 menjadi HANTU yg membuatkan Dap dan kahdam2 nya tidak nyenyal tidur. Kepada Ahli2 Pas dan UMNO mari kita teruskan Tahajjud sementara mereka sedang meracau dengan mimpi Ngeri UG ciptaan mereka sendiri. Kini senjata mereka dah makan tuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.