Pengguna ke utara dinasihati guna laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River
IPOH
– Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya
kepada semua kenderaan susulan kebakaran sebuah lori tangki minyak di
Km372 Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utara dinasihati menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.
Jurucakap
PLUS ketika dihubungi Bernama di sini, berkata kemalangan berlaku pada
jam 8.50 pagi kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River,
melibatkan dua buah lori.
Sebuah lori terbabit turut melintangi lebuh raya dua lorong itu, katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.