Badan korporat dialukan jadi rakan strategik bagi bersama-sama memberi bantuan
KUALA LUMPUR
– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjangka 85 masjid di
Wilayah Persekutuan nanti akan dilengkapi dengan ATM beras, khusus
bagi membantu 23,000 asnaf yang berdaftar dengan pihaknya menerima beras
secara percuma.
Pengarah
Jawi, Mohd Ajib Ismail berkata, rancangan penempatan mesin ATM beras di
masijid-masjid itu akan dibincangkan lebih lanjut pada persidangan
antara Jawatankuasa Masjid-masjid Wilayah Persekutuan bulan depan.
“ATM beras
pertama dilancarkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat malam
ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikannya, di sini.
ATM
berharga RM19,000 itu adalah kiosk pertama dalam negara dan mempunyai
dua fungsi, iaitu mengeluarkan beras mengikut kuantiti diperlukan dan
mempunyai tabung derma bagi mereka yang ingin menyumbang wang untuk
tujuan isian semula.
Beliau
berkata, sehubungan itu Jawi mengalu-alukan sumbangan daripada
badan-badan korporat untuk menjadi rakan strategik bagi bersama-sama
memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Badan-badan
korporat yang mempunyai bajet Tanggungjawab Sosial Korporat diharap
dapat menjadi rakan strategik masjid dan Jawi, dalam usaha
mempermudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf dan golongan yang
memerlukan,” katanya.
Pada majlis
itu 10 asnaf dari kawasan Datuk Keramat menerima kad pintar mesin
berkenaan, yang melayakkan mereka menerima dua kilogram beras seminggu
secara percuma. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.