Selepas berseteru setiap hari, parti pembangkang dan kerajaan kemudian 'disatukan' oleh Israel.
Hari ini salah seorang pemimpin Umno tampil memuji kerajaan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana teguh enggan menerima kemasukan atlet Israel ke Malaysia.
Anggota Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican, berkata ketegasan kerajaan dalam isu berkenaan memag sewajarnya dipuji.
"Soal IPC (Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa) membatalkan hak penganjuran Malaysia itu juga tidak perlu mendatangkan resah kepada kita.
"Pelbagai ancaman, tindakan balas akibat ketegasan Malaysia memang perkara sangat lumrah.
"Ia membayangkan betapa pengaruh Israel ini berakar kuat di sebahagian besar badan antarabangsa, termasuk sukan," katanya.
Bekas timbalan menteri luar itu menambah pendirian utuh Dr Mahathir dalam isu itu sewajarnya dihargai ketika sebahagian masyarakat antarabangsa mengkritiknya.
Kata Reezal Merican, Israel tidak sewajarnya mempunyai hak istimewa untuk melakukan keganasan terhadap warga Palestin.
"Kekejaman negara penjenayah ini mesti terus dihukum dengan cara diplomatik begini," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Mahathir pada 10 Januari lalu menegaskan Putrajaya tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Malah
kata Mahathir Malaysia juga bersedia jika penganjur menarik balik hak
penganjuran kejohanan tersebut jika mereka tidak berpuas hati dengan
pendirian kerajaan.
Pendirian Mahathir itu turut mendapat pujian Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkannya sebagai sangat tepat dengan dasar luar Malaysia.
Kata Abdul Hadi, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel atau warganya dalam sebarang acara bertaraf antarabangsa dan tempatan.
Sementara itu, Reezal Merican berkata masyarakat dunia sudah terlalu memberi muka kepada kekejaman Israel.
"Walaupun mungkin Malaysia akan diserang semahunya dalam media antarabangsa, ketegasan kerajaan ini wajar dipuji dan dipertahan.
"Kita mengharapkan kalangan para perwakilan kedutaan Malaysia di seluruh dunia dapat mempertahan keputusan ini dan memberikan rasional terbaik mengenainya," katanya.
Hari ini salah seorang pemimpin Umno tampil memuji kerajaan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana teguh enggan menerima kemasukan atlet Israel ke Malaysia.
Anggota Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican, berkata ketegasan kerajaan dalam isu berkenaan memag sewajarnya dipuji.
"Soal IPC (Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa) membatalkan hak penganjuran Malaysia itu juga tidak perlu mendatangkan resah kepada kita.
"Pelbagai ancaman, tindakan balas akibat ketegasan Malaysia memang perkara sangat lumrah.
"Ia membayangkan betapa pengaruh Israel ini berakar kuat di sebahagian besar badan antarabangsa, termasuk sukan," katanya.
Bekas timbalan menteri luar itu menambah pendirian utuh Dr Mahathir dalam isu itu sewajarnya dihargai ketika sebahagian masyarakat antarabangsa mengkritiknya.
Kena puji, pertahankan
"Kekejaman negara penjenayah ini mesti terus dihukum dengan cara diplomatik begini," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Mahathir pada 10 Januari lalu menegaskan Putrajaya tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Pendirian Mahathir itu turut mendapat pujian Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkannya sebagai sangat tepat dengan dasar luar Malaysia.
Kata Abdul Hadi, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel atau warganya dalam sebarang acara bertaraf antarabangsa dan tempatan.
Sementara itu, Reezal Merican berkata masyarakat dunia sudah terlalu memberi muka kepada kekejaman Israel.
"Walaupun mungkin Malaysia akan diserang semahunya dalam media antarabangsa, ketegasan kerajaan ini wajar dipuji dan dipertahan.
"Kita mengharapkan kalangan para perwakilan kedutaan Malaysia di seluruh dunia dapat mempertahan keputusan ini dan memberikan rasional terbaik mengenainya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.