Rabu, 2 Januari 2019

PAS tarik ‘handbreak’ jika kerjasama tak untungkan Islam

siti hafidah  

Cara hidup Islam jadi tonggak mengangkat martabat Melayu



BANGI – UMNO tidak perlu berasa takut untuk bersama pihak yang memperjuangkan Islam walaupun dicerca ketika ini kerana pada akhirnya kebenaran akan terserlah, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menceritakan pengalamannya, Ustaz Idris berkata, ketika menjadi pensyarah di Institut Teknologi Mara (ITM), apabila hendak dilantik menjadi koordinator UIS (subjek pendidikan Islam), beliau ‘tersangkut’ kerana dikenali sebagai orang PAS tegar.

“Walaupun selepas itu dilantik juga, kerana merit tinggi di pihak saya. Tiba-tiba boleh sepentas dengan musuh tradisi saya (UMNO).

“Kenapa saya boleh berbuat demikian? Semua kerana Islam. Dengan siapa PAS berkawan, Islam tetap menjadi batas sempadan.

“Apabila kerjasama tidak menguntungkan Islam, PAS akan tarik ‘handbrake’ walaupun nampak rugi dari segi politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, medan untuk bercakap Islam terbuka dengan luas di hadapan ahli dan penyokong UMNO.

Memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menjelaskan bahawa untuk mengangkat martabat Melayu, Islam menjadi tonggaknya, kata Ustaz Idris.

“Melayu tidak ke mana jikalau tanpa Islam. Menjelaskan peranan Islam di dalam menyelesaikan kemelut negara dan permasalahan masyarakat.

“Meyakinkan bahawa Islam selamat Melayu selamat. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat, Cina, India dan bangsa lain akan selamat.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.