Rabu, 30 Januari 2019

Dr M bakal kongsi pentas dengan pemikir Yahudi, Noam Chomsky

Noam Chomsky. (Gambar Reuters)
 
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikecam kerana pendiriannya terhadap Israel, bakal berkongsi pentas dngan pemikir Yahudi dari Amerika Syarikat, Noam Chomsky di satu persidangan mengenai politik dan isu Asia Tenggara.

Persidangan itu sebahagian daripada Pesta Demokrasi yang akan diadakan di Publika di ibu negara pada 11-17 Februari.

Forces of Renewal for Southeast Asia (Forsea), yang menganjurkan acara itu, berkata perdana menteri akan menyampaikan ucaptama.

“Chomksy, seorang profesor di Institut Teknologi Massachusetts akan mengulas mengenai politik Asia Tenggara,” kata ahli lembaga Forsea, Hishammuddin Rais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.