Walaupun tidak menyebut mengenai warkah Mujahid namun dalam Facebook rasminya hari ini, beliau ingin bercerita mengenai beberapa warkah terbuka yang pernah ditulisnya sebelum ini.
Mohd Asri atau lebih sinomin dengan panggilan Maza pernah mengutuskan sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
“Saya juga beberapa hari lepas ada menulis surat terbuka kepada YAB PM dan YB Menteri Pendidikan. Walaupun ia mendapat liputan media dan perkongsian yang agak tinggi di dunia maya, namun tidak sehangat perbincangan warkah sehari dua ini.
“Dahulu, saya pernah menulis surat terbuka buat Ketua Polis Negara. Surat itu juga agak panas diperbincangkan. Warkah saya biasanya memakan dua atau tiga lebaran muka kertas,” katanya.
Semalam, Mujahid dalam ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ melahirkan rasa gundah gulananya terhadap tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang melepaskan dua jawatan dalam PKR.
Menerusi surat terbukanya, Mujahid berharap agar Nurul Izzah tidak berundur daripada perjuangan yang baharu dibina oleh Pakatan Harapan (PH) ketika ini.
Menurut Mujahid, Nurul Izzah merupakan puteri reformasi yang perlu memimpin generasi baharu dengan tertubuhnya Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan yang kini memerintah negara ini.
Dalam bahasa puitis, Mujahid membahaskan dirinya sebagai ‘kekanda’ manakala beliau memanggil Nurul Izzah sebagai ‘adinda’.
Warkah itu menerima pelbagai respon daripada netizen.
Apa pun kata Maza, warkah kadangkala tidak perlu panjang tetapi kena dan sesuai dengan waktunya sambil memberi contoh warkah yang paling ringkas ialah Khalid bin al-Walid yang merupakan komander tentera Islam yang hebat kepada ‘Iyadh bin Ghanam al-Fihri yang juga merupakan seorang panglima perang.
“Seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, selepas Peperangan ‘Ain al-Tamr, Khalid mengutuskan surat kepada ‘Iyadh meminta bantuan tentera.
“Hanya dua kalimah (dalam Bahasa Arab) sahaja tetapi kesannya bantuan sampai dengan pantas.
Demikianlah bahasa para pejuang di medan perang yang penuh kesibukan dengan urusan dan tiada masa berpuitis dalam suasana itu.
Beginilah bunyi surat “Engkau aku mahu.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.