Ugutan Lim Kit Siang untuk menarik DAP keluar dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru tak tercapai di lihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH...
Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua, suara mereka di dengari, hak mereka di penuhi dan tuntutan mereka di ikuti...
Namun mungkin juga ia di lihat DAP sudah mula di sanggah, di ketepikan dan mungkin di buang dari politik massa era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri...
Lebih lagi dalam keadaan berbondong2 pemimpin UMNO keluar parti dan mengisytiharkan diri menyokong PM serta PPBM...
Kelicikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang mahu mengimbangi kekuatan DAP dengan membawa masuk ahli2 parlimen dan ADUN UMNO di lihat sebagai ancaman terhadap survival DAP...
Justeru, sebagai pemimpin veteran Lim Kit Siang mengeluarkan nada seperti kecewa dan marah dengan apa yang berlaku dan mengugut untuk menarik DAP dari daripada kerajaan Pakatan...
Sebenarnya nada sebegini bukan sesuatu yang janggal di ucapkan oleh pemimpin DAP...
Mereka sering bersuara lantang dengan memberi kata dua kepada mana2 pemimpin yang di lihat tidak mahu terikat dengan mereka...
Lihatlah kepada parti2 komponen PH dan umum boleh mengagak di mana ngauman Mohd Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, bahkan pemimpin besar lain mereka ketika ini...
Dalam satu2 isu, jika DAP mengeluarkan pandangan dan dasar mereka, jarang benar ada pemimpin lain berani berusara menyanggah pendapat DAP...
Sebaliknya jika ada pemimpin lain dalam PH bercakap dan bersuara, mereka berani menentang dan menyanggah secara terbuka...
Kenyataan Lim Kit Siang membuka lebih banyak pekung mereka di dada masyarakat...
Rakyat semakin mengenali politik sepak terajang parti tersebut...
Jika mereka berjaya mengikat kaki dan mulut pemimpin lain dalam PH, hari ini mereka cuba mengikat Dr Mahathir...
Soalnya, apa lagi yang Lim Kita Siang mahukan?
Menteri kanan banyak di sapu oleh pemimpin partinya...
Malah, Tabung Haji juga di anggap selamat di bawah kaki Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan...
Apakah mereka juga mahukan FELDA, FELCRA, MARA, dan lain2 institusi milik bumiputera di bawah kelolaan mereka?
Itu belum lagi senarai penceramah yang bersiaran di kaca TV, boleh di tauliahkan atau di benarkan bila2 masa oleh pemimpin partinya...
Siapa yang berani menyatakan sikap secara terang2an, akan ada surat menghadkan penampilan para ulamak tersebut...
Langkah Dr. Mahathur juga bukan calang2...
Meskipun di mamah usia, otak politik Dr. Mahathur ligat berputar...
DAP boleh menarik diri dari kerajaan PH, tetapi Dr. Mahathir telah menyediakan pelan B untuk politik negara...
Yang keluar UMNO dan memohon masuk Parti Bersatu juga bukan sebarangan orang...
Ada bekas menteri, exco kerajaan negeri, pemimpin tinggi dalam organsiasi setiap peringkat...
Politik pasca PRU ke 14 menarik untuk di teliti...
Sejauh mana keberanian Lim Kit Siang mengarahkan anak2 buahnya keluar dari kerajaan PH jika objektif Malaysia Baru gagal di penuhi seperti yang di katanya...
Sampai masa juga rakyat Malaysia perlu mendesak beliau dan DAP keluar dari kerajaan atas sikap politik suka memonopoli, mengongkong dan mengugut itu...
Elok juga rakyat mencabar DAP mengotakan janjinya itu jika beliau benar2 ahli politik tulen dan berpegang pada kata2nya...
Namun, mampu atau beranikah beliau?
Dari laman : http://theunspinners.blogspot.com
Kredit :
Dr Riduan Mohamad Nor, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.