SUBANG JAYA - Sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P
Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran ketika hadir di
Kuil Sri Mariamman sedikit tegang apabila sekumpulan penyokong
menyifatkan kehadiran mereka sepatutnya lebih awal.
Salah seorang penyokong turut mempersoalkan mengapa kedua-dua mereka tidak tampil sejak awal berikutan isu milikan tapak kuil berkenaan yang mengakibatkan kecederaan beberapa mangsa termasuk penjawat awam.
Kekecohan berkenaan berlarutan kira-kira 15 minit sebelum situasi ditenangkan oleh Jawatankuasa Selamatkan Kuil Sri Mariamman Seafield dan sidang media dapat dimulakan.
Sementara itu, Waytha Moorthy berkata, perkara itu akan dibawa ke parlimen selain memberi jaminan bahawa kuil berkenaan tidak akan dirobohkan sehingga isu milikan tanah diselesaikan.
“Kerajaan persekutuan memberi jaminan bahawa kuil ini tidak akan dirobohkan sehingga isu ini diselesaikan sepenuhnya.
“Kita akan bawa isu ini ke parlimen termasuk berbincang dengan peguam negara serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk penyelesaian,” katanya.
Menurutnya, isu yang berlaku sehingga menyebabkan rusuhan bukan isu perkauman, namun tidak menafikan ia mengakibatkan ketegangan antara kaum.
“Kita berharap semua orang bertenang dan jangan bertindak luar batasan, kekalkan keamanan yang wujud sekian lama di dalam sebuah negara yang harmoni ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.