Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
"Setakat ini, empat individu telah hadir untuk dirakam percakapan termasuk Ahmad Zahid.
Keterangan mereka diambil oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya kepada pemberita di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy juga telah hadir, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya belum mengambil keterangan menteri itu lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sensitiviti agama: Zahid, Moorthy akan dipanggil polis]
Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mendedahkan sembilan individu termasuk Waytha dan Ahmad Zahid akan dipanggil polis.
Turut yang akan dipanggil juga adalah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah, Pengerusi Gabungan 3, Ravinder Singh dan Timbalannya, Amran Ahmad, Adun Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, Adun Tras, Chow Yu Hui, Lau Shan Thean dan Edi Rejang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.