KUALA LUMPUR — Lima menteri daripada Parti Amanah Negara
(Amanah) diberi markah prestasi purata 40 peratus selepas enam bulan
bertugas di Putrajaya.
Penganalisis politik Datuk Mohamad Agus Yusoff hanya memuji Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifley Ahmad sebagai "terbaik" antara mereka, lapor Sinar Harian.
"Terbaik kerana beliau menjawab di Parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan," katanya.
Pensyarah Sains Politik UKM juga mengkritik dua lagi menteri Amanah kerana suka menjawab "berbelit-belit" di Parlimen dan "suka bercakap pantang wartawan tanya."
"Program
kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa.
Berterusan retorik," kata Mohamad Agus tanpa menyebut nama, merujuk
seorang menteri.
"Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya. Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi," kata ahli akademik itu.
Beliau juga berharap bakal perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan mereka apabila mengambil alih dari kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Dr Dzulkefly, menteri daripada Amanah ialah Presiden Mohamad Sabu selaku menteri pertahanan dan timbalannya Salahuddin Ayub (menteri pertanian).
Selain itu, naib presiden Datuk Mujahid Yusof sebagai menteri agama dan Pengarah Komukinkasi Amanah Khalid Samad selaku menteri wilayah.
Penganalisis politik Datuk Mohamad Agus Yusoff hanya memuji Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifley Ahmad sebagai "terbaik" antara mereka, lapor Sinar Harian.
"Terbaik kerana beliau menjawab di Parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan," katanya.
Pensyarah Sains Politik UKM juga mengkritik dua lagi menteri Amanah kerana suka menjawab "berbelit-belit" di Parlimen dan "suka bercakap pantang wartawan tanya."
"Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya. Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi," kata ahli akademik itu.
Beliau juga berharap bakal perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan mereka apabila mengambil alih dari kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Dr Dzulkefly, menteri daripada Amanah ialah Presiden Mohamad Sabu selaku menteri pertahanan dan timbalannya Salahuddin Ayub (menteri pertanian).
Selain itu, naib presiden Datuk Mujahid Yusof sebagai menteri agama dan Pengarah Komukinkasi Amanah Khalid Samad selaku menteri wilayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.