Untuk mengembalikan pemerintahan yang baik dan mampu
bangunkan negara, mereka yang terlibat dalam kegiatan salah perlu
diketepikan dan diambil tindakan.
"Semasa saya dilantik sebagai perdana menteri pada 1981, saya ambil alih pemerintahan tanpa banyak masalah, segalanya teratur, semua orang tahu cara kerja dan tahu apakah kuasa boleh gunakan untuk diri sendiri atau tidak.
"Masing-masing jalankan tugas dengan sempurna dan dunia juga iktiraf pentadbiran Malaysia adalah yang terbaik pada masa itu," katanya dalam ucaptama sempena Majlis Perjumpaan Pegawai Kanan Kerajaan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di Langkawi, malam tadi.
Katanya kesan kerosakkan dilakukan pemimpin tertinggi terdahulu menyebabkan jentera kerajaan yang dahulunya dipandang tinggi dan berwibawa, kini tidak lagi dianggap demikian.
Mahathir bagaimanapun berkata beliau bersyukur negara kini semakin pulih, dan dalam tempoh enam atau tujuh bulan lepas, jentera kerajaan sudah dibersihkan hampir kepada keadaan terdahulu.
Dalam pada itu katanya, beliau juga tidak menjanjikan sebarang balasan kepada ahli-ahli politik yang memenangkan Pakatan Harapan sehingga menjadi pemerintah.
"Sekarang kita tentukan pemegang jawatan tertinggi dalam kerajaan terdiri daripada mereka yang terlatih dan cekap,” katanya.
Beliau berkata memegang jawatan tinggi seharusnya bukanlah untuk mengisi poket sendiri, sebaliknya jika sudah menjadi sebuah negara maju walaupun tidak ada balasan, setiap orang akan dapat nikmat.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.