Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru agar anggota parti itu supaya tidak bimbang kerjasama dengan Pas.
Sambil menegaskan Umno tiada niat untuk membentuk gabungan dengan PAS, Zahid berkata mereka bagaimanapun perlu bekerjasama atas isu tertentu yang melibatkan kepentingan bersama.
"Kalau kerjasama dengan PAS, PAS teman sejati baru kita.
"Jangan komen macam-macam. Kita bukan mahu coalition, kita bukan mahu tahaluf setakat ini.
"Kita di dalam gagasan pembangkang, kita bekerjasama atas isu, atas perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Ini disebut banyak kali," katanya kepada ahli-ahli Umno Wilayah Persekutuan semasa program parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Zahid berkata tidak ada yang salah bagi Umno untuk bekerjasama dengan parti lain kerana ia juga dilakukan musuh politik mereka.
Katanya dalam politik, tiada rakan atau musuh yang tetap.
'Kita bukan nak cium mulut'
Dalam
ucapannya Zahid juga dipercayai merujuk kepada bekas presiden Umno Dr
Mahathir Mohamad yang pernah menanamkan kebencian terhadap DAP dan PKR.
"Eh apa salahnya, dulu PAS walaupun PAS kita disuruh benci. Sekarang ni kita bukan nak cium mulut dia. Dia dakap kita, kita dakap dia. oklah tu atas nama isu.
"Oh dia boleh kita tak boleh? Bapak jenis apa?" katanya.
Mahathir kini memimpin Bersatu - salah satu komponen gabungan Pakatan Harapan - dan menjadi perdana menteri kali kedua.
Pada pilihan raya umum lalu, Bersatu membentuk kerajaan bersama-sama dengan PKR, DAP dan Amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.