Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengkaji semula sistem pemilihan yang dianggap paling teruk dalam sejarah parti.
Timbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, tempoh sembilan minggu yang ditetapkan oleh JPP untuk proses pemilihan barisan jawatankuasa kepimpinan parti bagi penggal 2018 – 2021.
“Kita ada kira-kira 800,000 ahli yang layak mengundi dan mengambil masa kira-kira sembilan minggu untuk selesai, tetapi itu pun belum selesai kerana ada negeri dan cabang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
“Bayangkan kalau kita mempunyai lebih satu juta ahli, agaknya berapa bulan proses pemilihan atau pengundian akan selesai. Tempoh yang panjang ini sangat memenat dan meletihkan terutama calon-calon yang bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan di Pusat Konvensyen Idea Shah Alam (IDCC), pada Jumaat.
Afif berkata, JPP harus memikirkan satu kaedah yang baik bagi pemilihan akan datang dan kejadian seperti masalah teknikal melibatkan internet tidak berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.