Isnin, 1 Oktober 2018

Azmin mendahului Rafizi di Johor

THE MALAYSIAN TIMES
 


JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setakat ini memperoleh 4,503 undi, mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli yang mendapat 3,976 undi bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR menerusi pengundian melibatkan 24 cabang parti di Johor semalam.

Mohamed Azmin merupakan penyandang jawatan itu manakala Rafizi adalah Naib Presiden parti.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Dr Adzman Hedra berkata JPP berpuas hati dengan proses pemilihan di Johor berikutan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang pemilihan, selain turut menampilkan pengurusan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Katanya, sehingga kesemua 24 pusat pengundian ditutup pada 5 petang tadi, seramai 10,725 daripada 37,934 anggota yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Jumlah merangkumi 39.29 peratus anggota yang keluar mengundi di Segamat, 39.77 peratus (Pagoh); 37.10 peratus (Kulai), 35.92 peratus (Sekijang), 34.07 peratus (Simpang Renggam), 30.81 peratus (Bakri) dan 30.61 peratus (Parit Sulong).

Lain-lain cabang pula menyumbang peratusan anggota keluar mengundi antara 11.72 peratus dan 28.77 peratus.

Pada pemilihan kali ini, seramai 53 calon bertanding merebut jawatan ketua cabang manakala 163 calon lagi menawarkan diri untuk jawatan timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan anggota jawatankuasa cabang.– Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.