Menurutnya kerajaan akan mencuba sedaya upaya untuk menterjemahkan beberapa agenda dalam Bajet 2019, antaranya memastikan rakyat mempunyai kuasa beli yang besar serta harga barangan dapat dikurangkan atau dikekalkan mengikut kesesuaian.
"Kita kena ambil langkah penjimatan dan langkah bagi memastikan hutang ini dapat dibayar dengan elok, sebab itu Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) bagi bayangan (Bajet 2019 bajet sukar.
“Tapi dalam masa sama kita sedar kalau kita tidak galakkan perbelanjaan umum, duit tidak dibelanja dalam ekonomi, ekonomi akan terhenti atau akan kurang dan menyebabkan krisis ekonomi,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Taman Aman di sini hari ini.
Katanya disebabkan itu jugalah kerajaan pada masa ini mahu memastikan setiap projek yang dijalankan boleh memberi pulangan yang menguntungkan kepada negara.
“Sebab itulah antara polisi kita ialah tidak ada lagi projek-projek rundingan terus, tidak ada lagi projek tender terpilih, pilih tiga empat, dan akhirnya kita dapat tahu yang tiga empat itu bukan orang lain, orang itu juga, yang akhirnya kerajaan rugi nilai ditawarkan itu jauh melebihi daripada nilai sebenar yang kita dapat,” katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.