Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan tiga anggota pasukan khas sepatutnya tidak lagi menjadi pengiring kepada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ini kerana tugas itu telah ditamatkan sebaik selepas PRU ke-14, kata ATM dalam satu kenyataan hari ini.
"Menyahut kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, ATM telah melaksanakan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
"ATM akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua anggota yang masih berkhidmat tidak melaksanakan apa jua tugasan dengan pihak yang tidak mempunyai hak dan kaitan, berdasarkan peraturan semasa," kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas ATM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.