Himpunan anjuran NGO Tamil itu diadakan kira-kira jam 1 petang, ketika NGO Islam merancang untuk mengadakan protes terhadap pemimpin DAP itu selepas solat Jumaat.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada polis kerana membenarkan mereka berhimpun, kumpulan penyokong Ramasamy menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan keganasan.
"Beliau bukan sahaja terlibat dalam rundingan damai di Sri Lanka tetapi juga di Aceh, dan yang melibatkan Hamas. Jadi jangan dipengaruhi oleh ulasan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menimbulkan salah faham," kata ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy.
Ramasamy, yang juga ADUN Prai, menerima kecaman selepas gambarnya "menyembah" senjata
berat AK47, menjadi tular di media sosial.
Baca: Ramasamy, Satees nafi sembah AK-47
Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan cuba menggalakkan keganasan dan menyatakan gambar itu diambil pada majlis peringatan untuk mangsa pembunuhan beramai-ramai di Butterworth, pada tahun 2015.
Ramasamy sebelum ini dikecam pelbagai pihak, termasuk Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kerana menggesa pendakwah Islam kontroversi, Zakir Naik dihantar pulang ke India.
'Jangan putar belit fakta'
Presiden NGO Tamilar Kular, David Marshel, dalam ucapannya berkata adalah tidak adil untuk menuduh Ramasamy terlibat dengan keganasan.
"Tolong jangan putar belit fakta.
"Tidak ada negara menuntut Ramasamy untuk dihantar pulang untuk menghadapi tuduhan tetapi beberapa negara telah meminta Zakir dihantar pulang untuk menghadapi tuntutan atas penglibatannya dalam pengubahan wang haram dan menghasut keganasan agama.
"Pengganas sebenar bukan di pihak kami, ia adalah Zakir, dia dikehendaki di beberapa negara," tambah Marshel.
Aktivis sosial Sudhagaran Stanley berkata pertembungan Ramasamy-Zakir bukan mengenai isu agama.
"Ramai penganut Islam yang baik juga meminta Zakir dihantar pulang. Ini adalah isu Malaysia.
"Asri adalah orang yang berpendidikan, dia perlu menyedari fakta dan tidak putar belitkannya untuk kepentingannya," tambah Sudhagaran, yang merupakan penyelidik politik kepada anggota parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.
Perhimpunan itu berakhir pada jam 1.35 petang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Anuar Omar tiba kira-kira jam 2 petang di lokasi himpunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.