PAS Perak hari ini mengesahkan turut menghantar nama bagi mencalonkan Speaker bagi Dewan Negeri Perak bagi sesi kali ini.
Pencalonan Speaker Dun dari PAS adalah
mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan
selaras dengan amalan demokrasi.
Dengan pencalonan ini, PAS Perak
berharap Dewan Negeri Perak sebagai cabang legislatif benar-benar
menjadi medan semak dan imbang (check and balance) kepada pihak
eksekutif (kerajaan) dan blok pembangkang dengan memilih Speaker Dewan
Negeri yang berwibawa, adil dan cekap mengikut peraturan mesyuarat
dewan.
PAS Perak juga meminta para Adun dari
kalangan kerajaan dan pembangkang dapat memberikan sokongan kepada
cadangan PAS ini bagi membuktikan kekukuhan kerajaan bersama dan
menunjukkan teladan dan kematangan politik yang tinggi dalam memilih
Speaker Dewan Negeri yang baru. Elakkan kontroversi dan provokasi demi
maslahat rakyat amnya dan ummah khususnya.
*YB Haji Razman Zakaria. Pesuruhjaya PAS Perak / Adun Gunung Semanggol
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.