Ketua Menteri Pulau Pinang serah lima GLC baru
BANGI –
Parti Amanah Negara (PAN) berpuas hati selepas Ketua Menteri Pulau
Pinang, Chow Kon Yeow memberikan kuota untuk parti itu menerajui
beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Perkara
itu diputuskan selepas lantikan Exco kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini
tidak menamakan mana-mana wakil rakyat PAN untuk menerajui negeri itu.
Pengerusi
PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, menerusi hasil
rundingan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, pihaknya telah diberi
beberapa GLC untuk diisi.
“Pertamanya
Penang International Halal Hub (PIHH), Penang Invest, PBA Holdings,
Zakat Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Berhad.
“Sebelum
ini kita hanya ada dua kuota di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Itu pun kita ambil alih kuota yang
diberikan kepada PAS sebelum ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Justeru,
Mujahid mengingatkan semua pihak agar tidak lagi melihat PAN sebagai
parti kecil lagi kerana mereka sudah mempunyai dua ADUN di Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.