Isnin, 30 Julai 2018

Lelaki OKU disambar buaya di Lawas

Bernama / ASTRO AWANI
Lelaki OKU disambar buaya di Lawas
Efendi Panil sedang mengambil air di tebing sungai di Kampung Baru Seberang Mission apabila tiba-tiba disambar dan ditarik seekor buaya ke dalam sungai. - Gambar hiasan
 
LAWAS: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai di Kampung Baru Seberang Mission tengah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Hussin berkata, ketika kejadian mangsa Efendi Panil, 45 tahun, ditemani anak saudara perempuannya apabila tiba-tiba mangsa disambar serta ditarik ke dalam sungai.

"Saksi iaitu anak saudara perempuan mangsa selepas melihat kejadian tersebut terus memanggil adiknya untuk mendapatkan bantuan dari penduduk kampung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zaki berkata, bomba yang menerima panggilan dari orang awam pada pukul 12.16 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 25km dari balai.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan sehingga kini dengan lokasi pencarian dilakukan 500 meter radius dari tempat kejadian," katanya. -- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.